Dewasa ini, era globalisasi dilihat semakin mendominasi kehidupan dunia

Dewasa ini, era globalisasi dilihat semakin mendominasi kehidupan dunia
pada masa kini. Banyak perubahan dapat dilihat dalam kehidupan seharian seiring
dengan arus kemodenan yang dikecapi. Perubahan ketara yang dapat dilihat pada
kehidupan masa kini adalah melibatkan gaya kehidupan yang berorientasikan
teknologi maklumat. Segalanya boleh dicapai dihujung jari dengan adanya
kemudahan untuk mengakses yang begitu mudah dan ringkas tanpa ada sebarang
sekatan. Setiap hari, ada sahaja perisian atau gajet baru yang dihasilkan dan
dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap lapisan
masyarakat. Kita sememangnya bertuah kerana berada dalam era globalisasi ini.
Walau bagaimanapun, kecanggihan teknologi yang ada harus diguna sebaik mungkin
kerana ia akan menjadi satu cabaran sekiranya disalahgunakan terutamanya
melibatkan kesan ke atas nilai, budaya, pemikiran serta corak kehidupan
masyarakat kini. Setiap maklumat yang dicapai dan diperoleh sangat mempunyai nilai
kerana ia adalah penentu kepada kejayaan masa hadapan. Jika maklumat atau kemudahan
yang ada itu disalahgunakan, ia mampu membawa kepada kepincangan dunia. Peningkatan
secara mendadak bagi penggunaan Internet dan komputer telah mewujudkan satu fenomena
teknologi digital yang menyalahahi undang-undang yang dikenali sebagai jenayah
siber. Teknologi digital baru membolehkan pengguna menyertai dalam penggunaan,
pengedaran dan penciptaan kandungan” (John Palfrey, Urs Gasser, Miriam Simun
& Rosalie Fay Barnes, 2009: 80).

 

Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, media didefinisikan
sebagai alat atau perantara dalam komunikasi atau dalam perhubungan. Manakala
sosial merupakan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau
kemasyarakatan. Media sosial merupakan salah
sebuah media dalam talian, iaitu para pengguna boleh melayarinya dengan sangat
mudah bagi tujuan untuk berkongsi dan membuat kandungan termasuk blog,
rangkaian sosial seperti Facebook, My Space, Youtube, Twitter dan lain-lain.
Laman web ini sangat digemari oleh lapisan masyarakat kerana ia membolehkan orang
ramai membuat laman web peribadi bertujuan untuk berhubung antara satu sama
lain dengan rakan-rakan dan berkongsi maklumat serta berkomunikasi. Internet
sangat berperanan pada hari ini sebagai suatu saluran utama untuk pengedaran
maklumat dan hiburan kepada pengguna. Tanpa sempadan, Internet juga membolehkan
pengguna untuk menghasilkan video, artikel dan muzik mereka sendiri dan mereka
dapat berkongsikannya dengan khalayak global (Michael Kende, 2014: 93).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Sebelum berkembangnya era globalisasi ini, media sosial
sudah terbentuk seawalnya pada tahun 1978 iaitu melalui penggunaan sistem papan
buletin yang membolehkan pengguna untuk melakukan sebarang proses muat naik,
muat turun segala maklumat sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan
menggunakan kaedah mel elektronik yang mempunya sambungan Internet yang
disambung ke talian telefon. Sistem papan buletin ini telah dicipta oleh Ward
Christensen dan Randy Suess yang merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta
komputer. Pembangunan media sosial yang pertama juga telah dibangunkan pada
tahun 1971 oleh penyelidik ARPA
(Advanced Research Project Agency) melalui proses penyerahan e-mel pertama.
Sehinggalah pada tahun 1999 bermulalah era media sosial yang masih digunapakai
oleh masyarakat masa kini iaitu kemunculan laman web untuk membuat blog
peribadi yang lebih dikenali sebagai Blogger. Pengguna dapat membuat halaman
laman web sendiri dan berkongsi maklumat di dalam media sosial yang baru saja
dicipta.

Jaringan media sosial mula semakin
diperluas lagi dengan penubuhan Friendster. Pada tahun 2002, pengenalan
jaringan sosial ini telah mencetuskan fenomena di alam maya di mana jaringan
sosial ini menjadi tumpuan utama masyarakat untuk berhubung dan mengenali teman
baru. Diikuti dengan pengenalan MySpace dan seterusnya Facebook pada tahun
2004, Twitter dan pelbagai lagi jaringan sosial yang semakin memenuhi perkembangan
teknologi masa kini. Semuanya diperkenalkan sebagai salah satu medium rangkaian
sosial untuk menarik lebih ramai pengguna menyertai dan berkongsi maklumat di
laman sosial masing-masing. Pelbagai pilihan jaringan sosial yang ada ini telah
mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan pengguna seluruh dunia. Menurut
kajian yang telah dilakukan oleh Alexa (2012), penggunaan laman sosial Facebook
telah dicatatkan sebagai penggunaan paling fenomena di dunia pada tahun 2011
kerana telah mencatatkan capaian sebanyak 750 juta pengguna diikuti oleh laman
sosial Twitter yang telah diasaskan oleh Jack Dorsey bermula tahun 2006 telah
mencatatkan capaian pengguna aktif sebanyak 200 juta pada tahun 2011. Kemudahan
untuk mengakses laman sosial menggunakan aplikasi mudah alih yang terdapat pada
telefon pintar telah menjadikan media sosial sering menjadi tumpuan untuk
dilawati oleh masyarakat pada setiap masa.