PENGALAMAN Malaysia seperti Kaum Melayu, kaum Cina dan kaum

PENGALAMAN
KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

 

Di Malaysia,
tidak mengira apa jua kaum  atau etnik
boleh bersama – sama hidup bermasyarakat dengan aman dan harmoni. Kaum Melayu,
Cina, India, Iban, Kadazan ,Bidayuh dan pelbagai  lagi 
boleh bersama – sama hidup berjiran dan melakukan pelbagai aktiviti di
kawasan kejiranan. Hal demikian dapat dibuktikan dengan beberapa peristiwa dan
aktiviti yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai peristiwa
yang menunjukan bahawa masyarakat majmuk di Malaysia menjalani kesepaduan dalam
kehidupan . Pertama, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) yang bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan , Rukun Negara dan
Gagasan 1 Malaysia. Melalui penubuhan ini, JPNIN dapat merangka pelbagai
aktiviti dan program untuk masyarakat bagi memelihara, mengekal dan
meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional (Nasional) .

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

a)     
Rumah
Terbuka

Amalan rumah terbuka yang diadakan pada
setiap musim perayaan yang disambut oleh kaum majoriti di Malaysia seperti Kaum
Melayu, kaum Cina dan kaum India. Menerusi sambutan rumah terbuka,  masyarakat dari pelbagai etnik dapat
menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan bagi bersama – sama meraikan
perayaan tanpa mengira kepelbagaian bangsa atau etnik. Contohnya , majlis rumah
terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di Gambang , Kuantan, Pahang. Sambutan
rumah terbuka perayaan yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan perayaan
bagi kaum Cina dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat  setempat di Gambang (JPNIN J. P., 2016). Sambutan rumah
terbuka Deepavali juga turut diadakan di Pulau Pinang bagi meraikan perayaan
yang disambut oleh kaum India dan memberi pendedahan kepada umum tentang
perayaan tradisi masyarakat India  serta
mempamerkan makanan dan pakaian yang melambangkan masyarakat India (JPNIN, 2016) .

 

b)    
Perhubungan
Kejiranan Di antara Kaum

Perhubungan kejiranan yang terbentuk dalam
kalangan masyarakat di Malaysia misalnya melalui aktiviti gotong royong
membersihkan  kawasan persekitaran
penempatan, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan, aktiviti sukaneka, hari
keluarga  dan pelbagai aktiviti lain.
Program – program yang dijalankan ini dapat memupuk semangat kerjasama dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat kerana setiap ahli masyarakat akan melakukan
sesuatu aktiviti secara  bersungguh –
sungguh bagi mencapai matlamat dan objektif program yang dijalankan. Secara
tidak langsung, melalui program yang dijalankan ,masyarakat akan menghormati
antara satu sama lain dan memikul tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang
hidup  saling bergantung dalam sesuatu  komuniti (Samsurijan, Ishak, Hussain,
& Awang, 2011).

 

c)     
Sambutan
Bulan Kemerdekaan

Keempat, sambutan Hari Kemerdekaan yang
diadakan pada setiap tahun bermula pada 31 Ogos 1957 sehingga kini merupakan
bukti bahawasanya perpaduan dan semangat kerjasama yang terdapat dalam diri
masyarakat untuk membebaskan negara daripada terus dijajah oleh kuasa asing.
Hal demikian adalah, perpaduan yang terjalin dalam masyarakat pada tahun
1950-an  berjaya membebaskan negara
daripada terus dijajah oleh kuasa Barat yang telah mengeksploitasi sumber
kekayaan negara suatu masa dahulu. Jika tiada perpaduan dan semangat kerjasama
antara wakil – wakil kaum di Malaysia dalam membuat rundingan, kemungkinan
sehingga kini negara masih terus dijajah oleh kuasa asing.
Di
samping itu, sambutan Hari Kebangsann yang diadakan pada setiap tahun di
seluruh Negara bertujuan untuk memperingati dan mengenangkan jasa para pejuang
tanah air yang berkorban nyawa membebaskan dan  
negara daripada penjajah  dan mempertahankan
negara daripada ancaman musuh serta mengekalkan kedaulatan Malaysia.

 

d)    
Aktiviti
Sukan Dan Riadah

aktiviti
sukan yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia merupakan
salah satu pengalaman  perpaduan yang
wujud dalam kalangan masyarakat  Malaysia. Melalui aktiviti sukan, masyarakat bermula
dari generasi muda misalnya remaja akan menyertai sukan dan berusaha untuk
mencapai kemenangan sehingga ke peringat antarabangsa . Contohnya dalam Sukan
Sea ke – 29 yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017, membuktikan bahawa setiap ahli masyarakat berusaha
dengan sebaik mungkin untuk mencapai kemenangan dan telah menjadikan Malaysia
sebuah negara yang membuktikan bahawa setiap ahli masyarakat terutamanya
atlet yang mewakili negara telah bersatu padu dan berusaha bersungguh – sungguh
untuk mencapai kemenangan dan telah  menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
memenangi juara keseluruhan bagi Sukan Sea   ke – 29
tahun 2017. Selain itu, terdapat sebilangan besar ahli masyarakat yang turut hadir
semasa acara Sukan Sea diadakan  di
seluruh negara bagi memberi sokongan kepada atlet – atlet yang mewakili negara sekaligus
 telah melonjakkan semangat para atlet
negara untuk meraih kemenangan bagi mengharumkan nama negara.

 

e)     
Kebebasan
Beragama

Setiap
individu yang tinggal di Malaysia, mempunyai kebebasan beragama . Walaupun
hidup dalam negara yang mempunyai perbezaan pegangan agama , masyarakat di
Malaysia saling hormat – menghormati setiap agama yang terdapat dalam negara
yang menjadi pegangan penganutnya. Misalnya, bagi agama Islam, laungan azan
untuk menanda telah waktu solat dibenarkan dilaungkan dan tidak dihalang oleh
mana – mana agama. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat majmuk di malaysia
saling hormat – menghormati dan bertoleransi 
antara satu sama lain.

 

Daripada contoh peristiwa perpaduan yang
berlaku di Malaysia dapat dirumuskan bahawa interaksi dan perpaduan dalam
masyarakat boleh dicapai jika nilai hormat – menghormati dan nilai bekerjasama diamalkan
dalam kehidupan seharian masyarakat .